meylros

Health and beauty product review and share whatever i love. Dont judge.

Tuesday, 25 August 2015

Review Dettol Instant Hand Sanitizer


DETTOL: INSTANT HAND SANITIZER

Product description:

  1. Kills 99.9% of germs without water
  2. Leaves hand feeling refreshed
  3. Rinse free and non sticky
Today nak review instant hand sanitizer ni. Dulu-dulu masa remaja memang tak pernah tahu pun kewujudan benda ni sampailah masuk uni. Time ni selalu terjumpa botol dekat toilet. First time nampak tu duk.pikir apela benda ni. Try picit bukan sabun. Tangan rasa sejuk je pastu. Then terbaca kat situ rupanya hand sanitizer. Waaa bagusnya ada benda ni. Mcm tak yah risau tangan ada bakteria ke apa lepas masuk toilet. Awesome giler rasa.

 So sejak tu terpikir nak beli satu. Yela bila dah makin dewasa ni kita lebih peka nak jaga kebersihan diri kan. Terpikir jugak kadang-kadang pegang kerusi meja dekat kedai makan or masa kat public area berapa ramai dah pegang kerusi meja kt ara situ so mesti berbagai-bagai jenis bakteria yang beranak pinak buat perkampungan kat situ. 

Pastu terus i g beli satu hand sanitizer yang size kecik tu. Senang nak bawak g mana-mana letak dalam.beg je. Nak-nak sekarang kan ada kenduri kawen la.. kawan beranak la.. so senang klo nk pegang baby or salam orang pun rasa selesa dan bersih. Sbb dah sanitize tangan kita. Haaa best kan feeling cenggitu.Ni jenama dettol. Suka sangat pakai hari-hari. Sebelom nak pakai facial cream pun i sanitize dulu tangan hokeh. Yelah kalo ada bakteria kat tangan nanti transfer ke muka naik la jerawat batu. Ya ampunn tak suka sangat jerawat!!





Review
Pros
1.Sangat best bau pun best wangi!
2.Cepat serap and tak oily lansung tak melekit
3. Feels fresh after pakai
4.Tak yah selalu basuh tangan dah

Cons
1.Alcohol so kalau nak solat kena basuh tangan yer

Recommended to friend
Recommended sangat-sangat!! Especially to mummy. Sebab selalu nak kena pegang ur kids kan. Kadang-kadang kuar jalan-jalan basuh berak anak la.. apala ..lepas tu bole terus sanitize hand and pegang anak u balik. Bebas kuman!!

Will buy again
Yup!!

I give 4 stars ❤❤❤❤


Monday, 24 August 2015

Review Vaseline Total Moisture Nourishing Lotion

Hello!!!

Today nk review lotion ni. Actually ni sample je..Dapat masa beli tiket wagang dekat tgv tropikana mall hari tu.. macam tau-tau je i tengah cari lotion nak letak dekat kaki sebab merekah :( dah makin tua apakah??? 

Actually lotion ni dia letak dekat kaunter banyak-banyak tapi tak de state sample percuma ke ape. I just curious..besala kepoh kan. I tanyala cashier tu 

"Tu bole amik ke?"

Sales tu jawab

"Aah free sample nah amik."

Sekali tiga botol dia kasi mak jemah kepoh ni. Puas ati kau. I tgk orang lain tak dpat pun maybe sebab diaorg tak tanya and tak kepoh macam i. 


Vaseline Total Moisturing Nourishing Lotion


Review 

Pros.
1. Teksture tu macam cream+foam, cepat serap. Suka sebab memang tak suka lotion yg too thick and melekit.
2.Bau sedap macam lotion baby.
3.Moist sangat. Tapi kalau pakai malam masa mandi esoknya tak rasa licin-licin macam lotion lain. Maybe kulit da serap sepenuhnya.

Cons
1.Teksture cream so bole cepat habis.

Recommended to friend
Yup. 

Will buy again.
i will.



3 botol menjadi peneman sekarang :)

Sunday, 23 August 2015

Review mask guardian Double Intensive Firming Mask


Guardian promo buy 1 free 1!!!

Hello uols promotion untuk item buy1 free 1 masih berlansung di guardian. Masih sempat untuk uols terjah sane. 

Alang-alang dapat coupon RM5 off with min  Rm10 spent in one recipe, So today i beli face mask Double Intensive Firming from korea but under guardian brand. So harga dalam Rm6 tolak Rm5 jadi mask tu harga Rm1 jek, pastu dapat lagi satu mask free. Berbalooiii sangat kak jah oiiii...Banyak promo buy 1 free 1 tuk mask guardian ni sampai licin kaunter tu orang sapu. 



So ni la mask i beli tu. Selama ni dengar orang cakap best jugak pakai mask yang ada ampoule ni mcm serum la. So kita kasi try. Amik satu kaler purple untuk firming which contain nutri and korean herb. Dan satu lagi kaler merah for brihgtening. Nak bagi muka glowing. Review later yang merah ni.

 So Hanya 2 step mudah tuk pakai mask ni.

1st step : Sapu ampoule tu dulu dekat seluruh muka. Tapi seblom tu i basuh muka and
 pakai toner dulu.

2nd step: Pakai mask dalam 15-30mins then bole buang. Tak yah basuh pun takpe. Nk best masa ni nk tunggu smpi 30 mins tu bole tutup lampu,pasang lilin buka lagu bali spa sikit. Tenang ya amat.. macam dekat spa gituuuuu


Siap bole seperate kan lagi serum tu punya part. Kelas kau jahh

Lepas  dah tanggal mask tu bole pakai moisturizer so that muka sentiasa lembap gitu

Review Mask Guardian : Double intensive firming mask

Pros
1. Lain dari face mask lain kena apply serum dulu which is good can try new product. Selalu pakai je terus ke muka.
2. Not watery. Yang ni i suka. Tak adala meleleh sampai leher.
3. Bau ok je
4. Mask guna japan cupra jadi best fit je ngan muka takdela mengelebeh sana sini.


Cons
1.Ampoule dia sangat watery. Ingatkan macam oily tapi tak.Tak berapa suka.
2.Lepas pakai sama je macam mask guardian yang lain. Tak rasa beza pun.

Recommended to friend
Bole try kalau nak

Will buy again
Maybe

So kita bagi 3 bintang ❤❤❤


Guardian Promo 21-24 AUG 2015 only!! SO hurry!

Hi yang nak cari beauty or health produk tu bole singgah guardian,

Sebab sekarang tengah promo kaw-kaw.
I beli semalam untung banyak gila. Diskaun sampi RM10  pun ada.
Buy 1 free 1 pon ada.
Free item upon min purcahse pon ader,
PWP at 20% or 30% pun adeee. Siap dapat voucher Rm5 untuk face product lagi.
Suka sangattttt. So tunggu ape lagi.. bole cek dekat website guardian apa yang dia promo,

Tak beli online pun tape, singgah je terus guardian tu, i nak beli coco butter je sebab dah habis, sekali masuk banayk pula tag kuning-kuning kan semua nya nk offer bagai.. at last 30 mins jugak la dalam kedai tu. mengamuk laki aku tunggu lama-lama dekat luar... seram oiii





Ni antara produk yang i beli, off sampai sepuluh ringgit kau, harus borong 2,3 botol.
I suka this lotion best sangat pakai, nanti i buat review satu-satu.


Baby wipe ni saja beli in case tak cukup nak guna masa dekat hospital nanti, kalau lebey pon bole buat untuk travel, murah kot 4pcs ni rm19.88 jer, sebab buy 1 free 1. I amik kaler lavender(lavender essense kot) and kaler peach (honey). Both free alcohol and free paraben.

Jadi buat ibu-ibu yang prefer no alcohol and paraben yang ni murah sekarang. go grab 1!!




LANEIGE MERDEKA SAVER AT AEON 9,16,23 & 30-AUG 2015 ONLY!

Hello Laneige and Aeon lover,

Laneige ada buat promotion as mention in previous post as well at AEON,

But for selected stores in below only!
So sapa-sapa yang singgah Aeon can take a look for this promo.
Happy shopping!



AEON QUEENSBAY
AEON IPOH
AEON BANDAR UTAMA
AEON MID VALLEY
AEON BUKIT TINGGI
AEON BANDARAYA MELAK
AEON TERBRAU
AEON BUKIT INDAH

Sumber : Bigsale My


Mask Alfafa Shaklee plus Emorra Glow C


Hi uolss masker lover, hari ni i nak review face masker made it yourself.

Weekend hari tu i kemas-kemas rumah then korek barang-barang dalam stor terjumpa pulak 2 botol alfafa which bought from last year, i check isi dia macam da tak berani nak makan. Then pikir sayang nya kalau nak buang.

Tiba-tiba idea datang nak tumbuk je buat mask. I pun search dekat internet rupanya memang da ramai pun buat mask dengan produk shaklee ni. Macam-macamla.. ada mask vita oil plus alfafa la. Mask esp plus alfafa la banyak lagi oiii tak tersenarai. Senang tengok sini je resipi masker alfafa

Masker Shaklee Alfafa+Emorra Glow C



CARA-CARA

1. 3 biji alfafa+1 biji egc
2.Tumbuk dalam plastik sampi lumat guna lesung batu
3. Basuh muka dengan air suam. Lap kering guna tangan pun bole.
4. Campur air sikit dalam serbuk mask tadi.
5. Tepek ke muka.
6. Bilas bersih

Tips* Kalau nak senang sila blender banyak-banyak and simpan dalam bekas tertutup. Masa nak guna ambil kuantiti yang kita nak je. Bole buat scrub/masker badan sekali. 

Review Mask Alfafa+Egc

Pros
1. Best pakai sejuk je rasa. Fresh sangat.
2.Lama-lama mask tu kering rasa tegang je muka. Mcm pakai bedak sejuk kot.
3. Berbiji sesuai jugak buat scrub muka. Masa nk basuh muka nanti tonyoh sikit.
4. Muka rasa licin je and best sangat lepas dah basuh.
5. Bau tak kuat bau herba.

Cons
1. Masa nak basuh muka hati-hati nanti warna hijau lekat di baju and akan bau herba je.
2. 1 je. Hhuhuu

Saturday, 22 August 2015

Laneige Beauty Roadshow Aug-2015

Huuuu sejak dah terjebak dengan brand beauty from korea ni mesti semua pasal laneige offer nk follow up. Takut miss promo yang best2. Tadi check page fb laneige sekarang ni tengah ada offer dekat Sogo and Parkson Pavi. You may check laneige fb page for details offer. Best jugak nail set worth rm200. And beli apa tah dapat shoulder bag.


Tapi sebab baru je order bb chusion pore control worth NP: rm159
But i dapat murah gila Rm90 je dekat lazada. Tapiiiiii nak tunggu barang sampai hazabnye la.. nak dekat sebulan order. Tapi expected pun masa beli dia ada bagitahu delivery available 28 aug onwards. So tunggu je lah bedah.. tah tah terberanak dulu x sempat nak melaram bedak korea yang orang cakap flawless sangat muka bila tepek bedak tu.. isk  so kita tengok je offer ni and comments dekat fb sambil istiqomah bagi barang cepat sampai. Sob sob..






A lillte temptation